Review Filem The Next Three Days

Sumber Foto : Google


Filem ini start apabila rumah hero dan isterinya kena serbu dengan polis. Rupa-rupanya, majikan si isteri telah mati dibunuh dan isterinya disyaki membunuh sebab bukti memang tertuju dekat dia sorang. Ada cap jari pada gas pemadam api, seorang lelaki melihat kereta isteri di tempat kejadian, dan dia pernah bergaduh dengan majikan sebelum tu. Walaupun isteri dah bagitahu yang dia ada berselisih dengan seseorang yang kalut tapi itu tetap tak membuktikan apa-apa. Pendekkan cerita, isteri pun kena jel selama 20 tahun.

Baru 3 tahun, isteri yang kena jel mulalah nampak tertekan. Dengan anak yang tak membesar depan mata, lepas tu keluarga yang dah jarang-jarang lawat dia kecuali suami dan anak aje. Anak pun macam dah tak berapa nak kat dia. Suami dah usaha nak bawa kes ini untuk mahkamah lebih tinggi tapi ada seorang penasihat kata kes ini sulit. Macam dah tak ada harapan. Menambahkan tekanan, isterinya ambil jalan pintas nak bunuh diri.

Duit suami dah makin sikit. Yalah pergi sana pergi sini. Buat research bagailah macam mana nak keluarkan bini. Tup tup dia terjumpa pasal satu buku tentang seorang lelaki yang berjaya loloskan diri daripada penjara sebanyak 7 kali. Dia pun pergilah jumpa dengan mamat tu. 

Mamat tu pun bagitahulah serba sikit. Selain kena buat pasport, lesen kereta, dan social security (ic kot). Dia pun buat untuk 3 beranak. Itu pun rumit sikit nak cari sumber sampai kena rompak bagai. Even dah semuanya ada termasuk tiket kapal terbang, timbul masalah lain bila duitnya makin sikit. 

Untuk selesaikan masalah, dia buat keputusan nak merompak tapi dia tak berani. Tiba-tiba dia buat keputusan untuk rompak orang jahat. Berlaku adegan tembak-menembak dan seorang penjenayah mati disebabkannya. Apabila ada orang mati, timbul pulak kes lain. Giliran hero kena kejar polis. 

Dalam masa yang sama, dia cuba cari jalan nak keluarkan bini dia. Dia tukar rekod sakit bini dia. Disebabkan itu, bini dia kena kejar kat hospital. Masa tulah dia larikan bini dia yang tak tahu menahu pun pasal rancangan dia ni. Masa babak polis cari dia memang cuak gila. Dengan aku sekali cakap cepatlah cepatlah. Haha. 

Tapi kesudahannya, mereka bertiga berjaya juga terbang keluar. Even polis pun macam tak percaya mereka telah diperdaya oleh seorang guru sekolah aje. Apa yang bestnya cerita ni, akhir sekali dia tunjukkan seorang polis cuba mengimbau memori di mana tempat pembunuhan itu berlaku. Dia seperti dapat bayangan macam kes jenayah terjadi berdasarkan bukti cap jari pada pemadam api. Rupa-rupanya bini itu cuma mengalihkan pemadam api tu yang bergolek ke keretanya tanpa perasan ada mayat majikannya yang terlantar di sebelah. 

Poin yang paling besar aku dapat dalam cerita ni, even kalau kau tak bersalah pun, kalau ada bukti yang menunjukkan kau kena, memang kau akan kena kan. What a great movie. Untuk filem ni, aku bagi 5 bintang.  

Ulasan