Akan Buat Label Baru

Assalammualaikum.

Memandangkan hobi aku selain main dota 2 ialah menonton filem, aku ingat nak wujudkan label baru. Nak buat pasal review filem. Semua review ni 100% daripada sudut pandangan aku. Mungkin ada yang akan setuju, dan mungkin ada yang bangkang. 

Selain bagi sedikit ulasan pasal jalan cerita, aku juga akan bagi bintang. Yalah. Orang penat-penat buat cerita, takkanlah kita tak appreciate dok? Aku pun penat jugak weh. Penat download. Dekat bawah ni kriteria bintang-bintang yang aku fikir sesuai untuk menggmbarkan cerita yang bakal aku review nanti.

5 * - Wajib Tonton
Pendek kata, korang wajib tengok cerita ni. Confirm takkan menyesal. Selalu kalau dapat 5 bintang ni, selalunya aku akan ulang tengok. Kalau tak tengok full, ada part best yang aku akan ulang sampai puas. Contoh filem, Pitch Perfect. 

 4 * - Best
Selalunya cerita ni akan meninggalkan emosi tertentu. Misalnya filem yang berkisarkan Based On True Story. Cerita yang aku rate macam ni pun adakalanya aku akan ulang tengok. Tak rugi kalau korang tonton. Contoh filem The Blind Side.

3 * - Boleh tahan / Bolehlah
Kalau cerita dapat 3 bintang ni, kebiasaannya aku akan tengok sekali. Maksudnya aku takkan ulang lagi. Boleh tengok, tapi cukuplah sekali. Antara best dengan tak best. So nak tengok ke tak nak tengok ke, tak ada masalah. Contoh filem, Get The Gringo

2 * Tak tengok Tak apa
Okey, cerita bawah rate ni aku tak tahu nak bagitahu macam mana. Pendek kata, semasa menonton filemnya, aku totally loss. Atau jalan cerita dia entah apa-apa. Gitulah lebih kurang. Contoh filem, Sicario.

1 * Hah?! Apa Benda ni?
Kalau dapat 1 bintang ni, memang kira kagumlah aku. Aku kira pengarah or penerbit terlalu banyak duit sampai buat filem jadah apa. Contoh filem, Lock, Stock, And Two Smoking. 

Satu lagi kategori special, 

2 Skulls (nak letak foto tengkorak tapi tak de. Haha) - Tak dapat diselamatkan.
Tak tahu nak cakap apalah kalau duk dalam rate ni. Contoh filem, Sharkenstein.







  

Ulasan