Serba Tak Kena

Assalammualaikum... Hmm. Sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana. Bukannya tak perasan blog ni dah macam sunyi sangat. Bukan tak nak update, tapi tak tahu nak update apa. Pendek kata, rasa macam serba tak kena.

So, minggu lepas, den adalah terbaca buku pasal blog ni. Tajuknya, A-Z BLOG! Tip untuk blogger wanita. Buku ni beli masa pi Kolumpo hari tu. Itu pun main taram sebab nak penuhkan kotak big bad wolf tu. 

Dipendekkan cerita, habislah juga baca buku ni. Ada part yang skip. Bukan tak bagus, cuma rasa malas nak baca. Baca sebab nak cari poin paling penting. Belek punya belek, akhirnya jumpa. Satu yang paling terkesan, tulis blog ni kenalah jujur. Kalau boleh lagi simple lagi bagus. 

Lepas difikir-fikirkan balik, sejujurnya den rasa kebanyakan tulisan dari post-post sebelum ni sangat membebankan. Maaf cakap. Mungkin sebab penggunaan kata ganti nama. Atau mungkin sebab penggunaan bahasa Melayu penuh. Rasa kekok dan serba tak kena. Agaknya mungkin tak kena dengan jiwa.

Nota : Tolong jangan kecam. Ni semua hanyalah pendapat peribadi. Peace.


Ulasan

  1. Assalam...
    Teruskan menulis yea...
    Kalau tak tau nak tulis apa... tulis jer 'Catatan Harian'...

    BalasPadam
  2. Wasalam. Tq As selalu bagi support. T_T

    BalasPadam

Catat Ulasan